IDenTiTi ReMAja... O_o
Identiti adalah berkenaan mengetahui siapa diri anda.
Mengenali diri anda ialah mencari identiti anda sendiri.
Identiti termasuk meletakkan diri anda di dalam :
- Berperanan
- Berkemahiran
- Berpengetahuan
- Personaliti
- Tingkah laku
- Budaya
- Etnik/bangsa
- Agama
- Jantina
- Keluarga
- Kawan-kawan
Membentuk identiti sangat kompleks iaitu:
- Bermula dari zaman kanak-kanak
- Tinggal di sesuatu tempat di dalam jangka masa lama
- Penting ketika melangkah remaja
- Terlibat di dalam pelbagai pengalaman semasa perkembangan hidup
Faktor-faktor meningkatkan pembentukan identiti:
- Jika anda diterima seadanya oleh keluarga anda
- Jika anda diberi penerangan dan penjelasan tentang apa yang akan terjadi apabila anda melanggar peraturan
- Jika ibu bapa sentiasa menekankan keperluan mematuhi peraturan dan kepentingan peraturan dan 'norma'
- Sekiranya anda dihormati kerana individual anda dan dibenarkan meluahkan pendapat anda, berundinglah dan bertolak-ansur di dalam perbincangan itu
0 comments:
Post a Comment